Tauhid




Sumber bahan adalah dari kitab-kitab yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Johor dan buku-buku teks Pendidikan Islam yang digunakan di sekolah-sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia

HIDUP BERTUNJANGKAN AQIDAH
Maksud aqidah:
1.Dari segi bahasa: Ikatan atau simpulan ma'nawi yang khusus bagi keyakinan atau kepercayaan agama.
2.Aqidah Islamiah bermaksud ikatan keimanan kepada hakikat yang mutlak yang menjadi Rukun Iman yang tetap dan kekal tersimpul dengan kukuh dalam jiwa yang tidak akan terlerai atau terputus dalam apa jua keadaan dan bila-bila masa berdasarkan ajaran agama.
Contohnya iman Mashita ketika dalam keadaan hendak dibunuh oleh Firaun.

Teras Aqidah Islamiah
1-Keyakinan atau kepercayaan yang benar dan jati, jitu dan padu,mantap,tidak goyah dan tidak berbelah bagi terhadap Allah.
2-Keyakinan dan kepercayan kepada Rukun Iman (ma'rifat) tanpa ragu dan tidak berbelah bagi iaitu
  1.Kepercayaan kepada Allah
  2.Kepercayaan kepada rasul-rasul Allah
  3.Kepercayaan kepada Malaikat
  4.Kepercayaan kepada kitab-kitab Allah
  5.Kepercayaan kepada qada, dan qadar
  6.Kepercayaan kepada Hari Kiamat
3-Mengamalkan Rukun Islam iaitu
    1.Bersyahadah kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W
    2.Sembahyang lima waktu
    3.Berpuasa pada bulan Ramadhan
    4.Mununaikan zakat
    5.Menunaikan Haji di Mekah.

Pengikut